Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 4, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

KAMI WARGA BELIA BACHOK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DIMALAYSIA DAN KHASNYA GURU-GURU DIBACHOK YANG BERSUSAH PAYAH MENDIDIK KAMI SEHINGGA MENJADI MANUSIA YANG TERBILANG.JASAMU KAMI KENANG KEAKHIR HAYAT.


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia



Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Friday, May 1, 2009

Penyebaran dakwah melalui ICT berkesan pikat generasi muda

Oleh Ruzain Syukur Mansor


GOLONGAN belia sinonim dengan tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan itu andai dipacu dengan penuh hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan impak hebat dan bermanfaat untuk agama serta masyarakat.

Usaha dakwah memerlukan momentum dan kepakaran tenaga muda. Maka golongan muda yang sudah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan peluang berada dalam barisan mengembangkan syiar Islam.

Untuk itu, golongan belia tidak perlu berasa rendah diri dan hendaklah bijak mengaplikasikan kemahiran dimiliki untuk menyumbang ke arah memperkasa usaha dakwah.

Penemuan bidang baru seperti teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan penulisan seharusnya menjadi medan dakwah yang terus disuburkan oleh golongan belia.

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempunyai banyak peluang untuk pakar animasi dan multimedia berdakwah. Aplikasi dan perisian jawi, bahasa Arab berbentuk permainan dan kuiz dalam talian boleh direka cipta bagi menambah nilai pengajaran pendidikan Islam.

Sementara penjualan buku dakwah melalui laman web juga boleh diusahakan pakar laman web bagi proses pengembangan ilmu semakin berkembang dengan pantas dan meluas.

Peluang dakwah dalam bidang kesenian turut terbuka luas untuk belia. Kemudahan muat turun nada dering ke telefon bimbit berunsur kesenian Islam perlu diperluas bagi menyaingi kebanjiran nada dering pop komersial yang meluas.

Sementara galakan terhadap penerbitan album nasyid bakal memberikan impak dakwah melalui kesenian. Di sinilah kepakaran penggubah lagu dan lirik lagu dakwah bergabung dengan pemilik teknologi rakaman suara untuk menghasilkan album dakwah bermatlamatkan mencari keredaan Allah.

Selain itu dakwah dalam bidang penyiaran sama ada radio dan media elektronik menanti golongan belia. Kerjaya dalam bidang penyiaran radio Islam seperti Radio ikim.fm umpamanya mampu mendedahkan generasi muda dengan penyebaran dakwah kepada massa.

Ini melalui penerbitan rancangan berunsur keagamaan seperti temu ramah ilmiah, forum bersama tokoh agama serta drama radio dakwah. Mengambil kira pengalaman ikim.fm mengendalikan slot dakwah seperti forum bicara Ad-deen, sudut hukum, duniaku buku dan carta nasyid.

Penulisan dakwah pula kini mempunyai masa depan cukup cerah dan seharusnya menggunakan bakat penulisan kreatif bagi menghasilkan lebih banyak cerpen serta novel berunsur dakwah sebagai sumbangan untuk memacu kegemilangan Islam. Lebih daripada itu, skrip drama dan filem dakwah kini mempunyai ruang untuk ditonjolkan bagi memenuhi misi dakwah.

Laman blog juga membuka satu lagi ruang remaja dan belia untuk berdakwah pada peringkat global. Cuma kebebasan di alam maya itu tidak harus disalahgunakan. Penulis blog dakwah perlu bertanggungjawab terhadap idea yang dilontarkan.

Golongan belia sebenarnya mampu menjadi pendakwah hebat. Cuma, kelompok ini mesti menjalani proses tarbiah untuk menjadi pendakwah selain memahami keperluan dakwah itu. Semoga sumbangan belia dapat menjadikan mereka lebih matang dan memenuhi tanggungjawab menyebarkan syiar Islam kepada semua.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20090404011333/Article/

SEKALUNG TAHNIAH


Belia 4B Bachok dengan setulus hati mengucapkan Sekalung Tahniah diatas perlantikkan Datuk Dr. Awang Adek Bin Hussin sebagai Timbalan Menteri Kewangan.Kami warga belia Bachok amat berbesar hati diatas perlantikan beliau.

SEKALUNG TAHNIAH

Belia 4B Bachok mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas perlantikan YB Dato' Ahmad Shabery bin Cheek sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan YB. Dato' Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Berdasarkan sumbangan mereka selama ini, Belia 4B Bachok percaya kedua-dua Menteri dan Timbalannya adalah merupakan tokoh yang terbaik untuk menjawat jawatan ini.

Wednesday, April 29, 2009

PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM


BELIA 4B BACHOK MENGUCAPKAN TAHNIAH DIATAS PERLANTIKAN

DATO SERI NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM.

SEMOGA MALAYSIA TERBILANG DIBAWAH KEPIMPINANMU.

Monday, April 27, 2009

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulillah Segala puji bagi Allah yang menjadikan langit dan bumi,serta udara untuk kita bernafas..Selawat dan salam buat junjungan Muhammad S.A.W penghulu segala nabi dan penamat nabi-nabi.Buat ahli keluarga baginda,para sahabat baginda dan seluruh umat islam..

Dengan limpah hidayat Allah serta diberi kekuatan oleh Allah dapat juga saya menyiapkan sebuah blog untuk Belia 4B Bachok.Dengan harapan agar dapat dimanfaatkan masa yang terluang untuk dinukilkan dalam sari kata sebagai satu wadah yang memangkinkan pemikiran belia generasi kini.Belia yang wujud dengan harapan dan juga wawasan untuk mengemudikan bahtera negara dan melindungi khazanah suci.

Harapan saya sebagai blogmaster dapat diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus berkarya dialam maya sehingga keakhir hayat.

Salam Hormat,

Dari BlogMaster: Mohd Suffian MN